Selasa, 13 Januari 2009

Boikot Israel: SABASUN Sanggup Tanggung Kerugian

Hypermarket ini suatu ketika dulu hanya sebuah hypermarket yang kecil saja. 

Dulu, nama hypermarket ini pada saya amat lucu dan kelakar.-Sabasun-

Dan sekarang, ia telah menjadi salah satu hypermarket yang besar di Terengganu.

Tapi, hypermarket ini sanggup kerugian RM 173000.00 pada tahun 2002/2003 semata-mata kerana memboikot barangan keluaran US dan Israel.

Lihat kesungguhan mereka kerana sanggup mengalami kerugiaan demi menegakkan apa yang mereka rasa benar.

Bagaimana dengan kita?

Benar atau tidak,atau adakah ini hanya suatu taktik peniagaan, bukanlah suatu yang perlu kita 'sangka burukkan.' Tapi dilihat dari semangat persaudaraan dan perjuangan, inilah yang perlu kita contohi. 

Fikirkan dan mulakan langkah anda sekarang.

BOIKOT

Ini bukan isu pisang panas. Ini bukan isu hanya sekadar mahu ambil tahu sebab orang ambil tahu.

Ini isu yang berterusan dan ini adalah janji ALLAH. Betul Palestin akan jatuh kembali ke tangan Islam. Itu pasti.

Tapi bolehkan anda jamin, yang anda akan termasuk dalam perjuangan itu? 
Kerana anda hanya ada 2 pilihan. Fikir.

Link Sabasun

Tiada ulasan:

Pengikut

Blog AMAL2005 dikendalikan oleh daivista Studios. Hakcipta terpelihara ©2009.