Ya ayyuhal muslimiin...bangkitlah dari lenamu yg panjang, sedarlah dari mimpi yang palsu, saudara kita di Palestin dibunuh dengan kejam tanpa belas kasihan sedang kita masih leka dengan sambutan tahun baru, kita masih lalai dengan hiburan. Konsert sana sini. Maksiat merata tempat. Kadang-kadang kita tertanya-tanya, mengapa Allah tidak memberikan kemenangan kepada umat Islam sedangkan Islam itu agama Allah? Di merata tempat umat Islam ditindas. Tanyalah diri sendiri. Allah S.W.T tdk akan membantu kita selagi kita sndiri tdk membantu agama Allah. Selagi hati penuh dengan kekotoran, selagi perbuatan kita penuh dengan maksiat, selagi kita leka dan alpa dengan hiburan, selagi kita berpecah belah, selagi itulah kemenangan tidak akan menjelma. Mungkin ada yang bertanya. Untuk apa kemenangan? Bukan kita yang b'perang. Sapa suruh mereka b'perang? Kita o.k je. Hidup aman damai. Makan cukup, pakaian cukup (walaupun ada yang pakai baju tak cukup kain) ada tempat tinggal. Tak pyh nk sibuk-sibuk hal orang lain. Ingatkah kamu tentang kaum nabi Nuh A.S?Ingtkah kisah kaum nabi Luth? Tak mustahil ianya akan menimpa kita (Nauzubillahi min dzalik) jika kita masih dengan maksiat, kelab malam, judi dan hiburan melampau yang menyebabkan kita semakin jauh dari Allah S.W.T yang menjadi pemangkin kepada kedatangan bala Allah S.W.T. Wahai sekalian umat Islam, ayuh bersama kita dekatkan diri kepada Allah, berjuanglah bersama-sama rakyat Palestin. Memang kita tidak ada kudrat untuk berjihad dengan senjata, berperang dengan Israel. Tetapi ingatlah, kita masih mempunyai senjata yang paling hebat yang tidak dimiliki oleh Zionis, yang teknologinya tak ada pada Amerika. Itulah "DOA". Teknologi senjata yang paling hebat umat Islam sepanjang zaman. Ayuh sama-samalah kita berdoa kepada Allah S.W.T memohon pertolongan ke atas umat Islam Palestin, memohon perlindungan ke atas Al-Aqsa, memohon kemenangan kepda umat Islam di seluruh dunia. Al-Aqsa tanggungjawab semua umat Islam.Tapi ingatlah bahawa Allah akan makbulkan doa kita andai kita dekat dengan Allah. Dengan erti kata lain, tinggalkan maksiat,teguhkan iman, mantapkan akidah, dekatkan diri dengan Allah, insyaallah, tentera Allah S.W.T akan tiba dan menghancurkan musuh-musuhnya umpama kehancuran tentera bergajah Abrahah yg hanya dihancurkan oleh burung-burung. Itulah kuasa Allah. Bacalah surah Al-Fil (Alam tarakai fafaa'larabbuka biashabil fiil) dan doakan kehancuran tentera Zionis laknatullah. Lipat gandakan doa ini. Kirim kepada 7 orang rakan anda yang lain..Maka 7 X 7 X 7 X 7 X 7 X 7 X 7 = 823453 orang akan berbuat berdoa,
kemudian 823453 X 7 = 5.8 juta orang...InsyaAllah akan ikut berdoa...Allahuakbar...Allahuakbar... Allahuakbar...Amiinnn...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan