Tuan Rezza Khanafiah
http://puteraazhari.blogspot.com
"Insan yang kaya dan berkemampuan menjernihkan budi dan ilmu, sangat tinggi terbang dan sarat bersama impian. Tidak ‘berada’ budi dan ilmu pula, sangat sederhana, dan rabun jauh hingga kabur melihat masa depan, akan terus merudum jatuh dan jatuh"
Kata-kata dari pensyarah saya.
Segala yang berlaku di sekitar kita perlu dilihat sebagai peluang dakwah. Memang sukar untuk mendapatkan perhatian remaja ketika berceramah. Inilah juga berlaku di kalangan mahasiwa di sini.
Percubaan demi percubaan perlu dibuat untuk mendapatkan perhatian mereka. Sekali mereka memberikan perhatian kepada kita, tidak tercurah ilmu dan pendapat yang ada pada kita.
Memang kita mudah over dengan kumpulan dakwah. Perasaan yang mula-mula datang bila kenal kumpulan dakwah, kita rasa teruja nak ajak orang sertai sama. Kita mula bercerita kepada para sahabat handai, kenalan, classmates dan housemates akan keseronokan berukhuwwah dalam dakwah.
Ada yang terus berukhuwwah dengan ikhlas tanpa sebarang prasangka. Namun ada juga yang menjauhkan diri dari mereka yang dahulunya rakan dan taulan akibat dari penerimaan mereka yang tidak seperti dijangka. Biasanya pemencilan dan kerenggangan berlaku disebabkan oleh pergeseran kecil yang tercetus di dalam kehidupan seharian. Ada yang berpindah rumah, dorm hanya kerana isu kecil ini.
Isolation sesama sendiri hanya menutup peluang dakwah terbuka.
Bagi mereka yang faham erti dakwah sebenar, seharusnya kita tidak meninggalkan mereka, jauh sekali memulaukan mereka. Itulah ukhuwwah sebenar yang tidak mengenal prajudis.
Objektif terperinci manusia berbeza-beza. Sesiapa yang memaknakan tugas da'ie yang dia pikul pasti masih ada tujuan dan matlamat. Memang pelik bila pergeseran yang berlaku.
Apa yang baik dijadikan teladan, sebaliknya dijadikan sempadan.
BERCINTA SEBELUM KAHWIN
Dibesarkan dengan adat Melayu. Berpegang pada:
“kalau suka risik, kemudian tunang, lepas tu kahwin” Kalau nak kenal lebih-lebih, masa bertunanglah buat begitu.
Rugi kehidupan sekiranya tidak memikirkan ke arah hubungan selepas kahwin lebih terjamin. Penulis melihatnya sebagai alternatif kepada sekiranya kita tidak membuat keputusan, maka orang lain akan membuat keputusan untuk kita. Maka akhirnya Islam Melayu mahupun Islam Arab akan menyalahkan takdir:
“Dah jodoh dia”
Kesannya amat besar dalam kehidupan. Kemahiran hidup perlu diasah dari peringkat bawah. Isunya bukan jangan layan, tetapi bagaimana melayan, di mana had melayan dan untuk apa layanan. Kalau kita merasakan dengan pelayanan itu menjejaskan tujuan asal masuk ke IPT, maka fikirkan tentang tujuan keluar dari universiti pula, menyediakan diri untuk kehidupan seterusnya.
Dengan tidak melayan mungkin mengurangkan pointer, tetapi mengurangkan kemahiran kerana tidak menguji diri dalam meningkatkan pointer Kemahiran hidup, itu yang dipersoalkan.
Kehidupan penuh dengan laluan dan ujian serupa dengan keadaan yang dibincang. Saleman datang rumah, bukan soalnya tidak boleh dilayan, tetapi kelemahan diri hanyut dilayan itu yang perlu difikirkan. Sudah pasti yang datang itu akan mencairkan hati, tetapi itu yang menjadi keutamanya. Ikut hati (perasaan) atau ikut akal. Kalau tak dilatih, di universiti, ketika silibus lain diajar.
Silibus mengajar akal dan hati ini diketepikan pula. Ikut akal akan selamat, ikut hati akan mati.
Kita kekadang memandang remeh ujian seperti ini.
Bukan silibus yang perlu dimasukkan di dalam pelajaran, katanya. Tetapi di situlah kepekaan kita, kebijaksanaan dan latihan praktikal bermula. Bagi yang berakal sudah pasti. Bagi yang melihatnya dengan pancaindera lain sememangnya tidak relevan perbincangan ini.
Melayan bukan dengan nafsu atau perasaan, tetapi dengan akal.
Maka saya sangat setuju “Layan jangan, lawan jangan”. Kalau hati dan perasaan dijadikan modal, tetapi ingtlah hidup ini perlu bermodalkan akal untuk meraih ‘keuntungan’ kejayaan. Layan dan lawanlah dengan akal. Semoga berhikmah pun terlatih kemudiannya, dengan akal dan tidak hati dan perasaan.
Cabaran cinta terkadang menjadi menekan untuk mahasiswa dan mahasiswi. Penulis rasa sebab persekitaran yang menjadikannya sedemikian. Orang kata tak ‘cool’ kalau tak ber-couple. Budak sekolah hatta sekolah rendah pun pandai nak bermain cinta.
Kemahiran mengurus emosi perlu diajar kepada bakal anak-anak supaya pandai membawa diri dan emosi bila dikelilingi oleh faktor-faktor negatif. Tidak ada yang lebih berkesan untuk melupakan cinta selain dari menyibukkan diri dan sentiasalah ingat ibu bapa di kampung.
Buat ‘dek aje’ bila ada orang lain ber-couple. Sentiasalah ingat, bila tiba masanya cinta akan datang tanpa perlu banyak bersusah payah jika kita ikhlas. Lelaki yang baik hanya untuk perempuan yang baik. Jadi apa yang perlu dirisaukan sangat. Berusahalah untuk menjadi yang baik kerana fitrah alam memang begitu.
Usaha, kena ada juga.
Buang jauh-jauh semua model hubungan yang dicipta oleh pihak barat. Kadang-kadang mak dan ayah sendiri legalize-kan, adik beradik bagi lampu hijau.
Penulis lebih gemar dengan kaedah pengurusan kepentingan (piority management). Susun gerak kerja aktiviti berdasarkan aturan yang hak dan disiplin, perlu berperancangan dalam pelaksanaannya. Pastinya piority ke arah jalan yang hak mengatasi aktiviti-aktiviti batil, serta mendatangkan kelalaian. Bukan apa, takut nanti bila dah melupakan cinta, sampai tahap lupa bagaimana nak suburkan cinta bila tiba waktu bercinta sebagaimana kes melawan cinta yang penulis maksudkan.
Pengalaman penulis semasa belajar, tak sempat nak bercinta. Keluarga susah. Banyak kena kerja part-time.
Struggle to survive.
Kepada yang tengah belajar, ada tajaan, tiap-tiap bulan dapat duit belanja tu, hargailah apa yang diperolehi. Ramai lagi yang tidak bernasib baik seperti anda sekalian.
Soal jodoh itu adalah ketentuan Allah Taala. Masa belajar lawan tidak perlu layan sangat, tidak perlu mencuba jika tidak kuat. Memang kita tak kuat pun. Jangan disesal tidak bercinta semasa di kampus dulu. Lihat ada di kalangan kawan-kawan dulu, hanya buang masa dan buang perasaan aje! Biasa Iman naik turun macam pasang surut ombak di laut. Panduan hidup lebih kepada apa yang nampak di mata. Sabarlah. Fikirkan hikmah disebaliknya. Allah tahu mana yang terbaik buat kita.
CINTA BERDURI
Pelayan-pelayan nafsu ini ada yang ‘tahu agama’ tinggi. Mereka menyesal selepas setiap episod ‘ aku kalah pada godaan’ tapi bila ribut nafsu datang kembali, walaupun mereka sedar, tapi mereka gagal bertindak-balas, akhirnya 'lemas' di lautan nafsu yang dicipta sendiri.
Bila dah lemas, lahirlah segala macam masalah sosial yang kita dengar dan tengok dalam berita, paparan di dada akhbar dan sebagainya. Kalau 'kaki motor' yang lemas, mereka ‘merem-pet’. Kalau kaki lepak yang lemas, mereka 'membohsia-bohjan' dan merosak harta benda awam. Kalau kaki zina, 'dia' suka buang bayi. Banyak lagi 'kaki-kaki' yang penuh dengan kudis, jika dibiarkan akan mengundang musibah dalam masyarakat.
Dalam hidup ni, kita bergaul dengan orang lelaki dan perempuan.
Memang Islam dah meletakkan batasan dalam pergaulan antara lelaki dan perempuan. Cuma sebab ketidakjelasan mereka dalam memahami ilmu tersebut, menyebabkan sesetangah mengambil tindakan yang berbeza.
Ada golongan manusia yang bercakap macam askar. Tidak memandang muka atau tidak bermuka manis langsung semasa berbicara. Bermuka masam atau serius apabila bertembung. Memusingkan kepala apabila berselisih. Tidak menyapa apabila bertemu di jalanan.
Persekitaran pelajar yang sangat memerlukan konsentrasi dan tumpuan yang lebih terhadap pelajaran dan aktiviti persatuan atau kemasyarakatan yang disertai. Akan tetapi, di sini pada penulis terdapat sedikit cabaran bagi seorang pelajar untuk tidak melayan perasaan dan keinginan untuk melayan cinta, perlu ada perisai diri. Memandangkan cinta itu sendiri agak signifikan dengan pelajar yang masih lagi di awal usia dewasa atau menuju kedewasaan.
Bukanlah mereka yang berlatarbelakangkan pengajian Islam ini tidak tahu akan hukum bercinta pra-nikah ini. Tetapi, ia seakan-akan satu fenomena baru dunia dakwah Islam dalam membenarkan pejuangnya bercinta sebelum berkahwin.
Sibukkan diri dengan kerja-kerja dakwah.
Bikin pahala banyak-banyak, dari bikin dosa bertimbun-timbun. Berubahlah di tahun baru Hijriyyah ini.
ameen
Baca Sambungan!