Kadang-kadang aku termenung, berfikir sendirian, kenapa manusia begitu cepat berubah. Berubah dari sesuatu yang ma'ruf begitu senang, tapi untuk berubah dari sesuatu yg mungkar, amat payah. Dulu aku begitu bangga dengan diriku memandangkan aku seorang pelajar sekolah agama. Tauhid, fiqh, tafsir, hadith, mutholaah, imla', lughah, nahu, sorf, ta'bir, semuanya aku bljr. Berapa banyak hadith yg aku hafal, berapa banyak surah yang aku ingat. Aku mampu bertazkirah di khalayak ramai. Aku menjadi pemimpin usrah. Tudungku labuh melepasi dada sebagaimana yang disyariatkan Islam.
Tapi kini, semuanya berubah. Aku pun tak tau apa puncanya. Kini aku tak ubah seperti remaja-remaja lain. Tingkah-laku, pergaulan, pertututan serta pemakaianku, tiada bezanya dengan kawan-kawan yg bukan dari aliran agama sepertiku. Kadang-kadang aku termenung, kenapa aku harus jadi begini?
Kadang-kadang terdetik di hati kecilku untuk kembali ke zaman 'kegemilangan' ku. Tapi... Terlalu banyak dugaannya. Aku teringat pesan Ustaz Badrudin, "Kalau nak tahu setebal mana iman kita, tunggulah bila ujian datang. Jangan kata kita beriman selagi kita tak diuji. Semakin tinggi iman kita, semakin kuat Allah uji". Kata-kata itu terngiang-ngiang di telingaku.
Aku mula menanam azam, hari ini aku berkata, "Esok aku mesti berubah". Tapi bila esok tiba, aku akan berkata, "esok aku akan berubah". Bilakah 'esok' yang sebenarnya? (Tiada lagi esok bila datangnya kiamat)
Bulan Ramadhan menjelma lagi. Aku bersyukur kerana masih diberi peluang bertemu bulan yg paling mulia.
Namun pada Ramadhan kali ini, aku berazam, aku memberitahu semua rakan-rakanku bahawa aku akan berazam "Sempena Ramadhan ini aku akn brubah. Aku akan tgglkan segala kemungkaran. Aku akan tgktkan amal kebaikan". Rakan-rakan mula menyindir, "Alah, bulan Ramadhan je baik, nanti buat balik". Tiada sokongan dari mereka. Aku faham, pintu hati mereka masih tertutup dari menerima cahaya hidayah. Semangatku untuk berubah membara. Tapi aku bimbang aku tidak dapat bertemu 'istiqamah'. Ya 'Istiqamah'. Yang menentukan turun naik iman seseorang. Alhamdulillah sepanjang Ramadhan, ada perubahan positif. Aku mula mengubah cara pemakaianku. Kemudian aku cuba mengubah cara pergaulanku. Alhamdulillah. Tiada syaitan menghasutku. Semuanya dibelenggu.
Perubahanku mula diperhatikan teman-temanku. Ada yang menyindir. Aku mendapat gelaran 'ustazah' semata hanya kerana aku melabuhkan tudungku melepasi dada. Belum lagi pakai jubah. Buat baik pun kena sindir ke? Astagfirullah. Kuliah-kuliah agama mula mendapat tempat dihatiku. Aku cuba untuk membaca bahan-bahan bacaan Islam sebagai muhasabah diri pengikat 'Istiqamah'ku agar ia sentiasa disisiku.
Ramadan berlalu, cuti semester menjelma. Di rumah, 'Istiqamah' masih mnjadi teman setia memandangkan ibuku seorang yg amat tegas dalam bab pemakaian dan batas pergaulan, memang amat dititik beratkan. Kerana ketegasannya jugalah aku berpeluang ke sekolah agama.
Sebulan berlalu, aku kembali ke kampus. Semangatku masih tggi. Paling penting ‘Istiqamah’ masih di sisi. Hari berganti hari, hubunganku dengan teman-temanku pulih seperti sediakala. Lama-kelamaan aku semakin terikut-ikut akan tingkahlaku mereka. ‘Istiqamah’ku mula menjauhkan diri. Pergaulanku semakin bebas. Segala batas pergaulan yang aku pelajari dulu mula aku abaikan. Takkan nak kawan dengan lelaki pun tak boleh. Kawan je pun. Bukannya apa-apa. Hatiku berbisik.
Aku mula mengenal erti ‘cinta’. ‘Dating’ mula menjadi rutin hidupku. Berpisah walau sesaat pasti membuatkan hatiku gelisah. Kalau dulu,usahkan keluar dengan lelaki, ke kedai pun kena bawa adik. Tapi kini, aku bebas. Tiada siapa yang menghalang. Tiada yang mengongkong. Pagi, petang, siang malam aku ingin bersamanya. Kalau dulu aku tidak dibenarkan keluar malam. Tapi kini ia menjadi rutinku. Alah keluar makan je pun.
Kini aku mampu membonceng motor bersamanya. Bestnye tak terkata. Bahagia tidak terhingga. Ke mana saja dia pergi, aku bersamanya. Kerana cinta, aku sanggup kembali kepada zaman ‘jahiliyyah’ku? Kerana teman-teman, aku lupakan segala apa yg ku pelajari? Kerana nafsu, aku berani melakukan kemungkaran. Kerana semuanya, 'Istiqamah' mula menyepikan diri. Adakah aku tak takut akan balasannya kelak? Tak takut akan siksaannya meskipun aku tahu ianya pasti berlaku? Ya Allah, kenapa harus aku kembali kepada kemungkaran setelah Kau berikanku Hidayah? ‘Istiqamah’, di manakah kamu? Datanglah kepada ku. Aku amat-amat memerlukanmu. ISTIQAMAH

Tiada ulasan:
Catat Ulasan