Jumaat, 10 April 2009

Selamat Menempuh Ujian

Assalamualaikum w.b.t

Salam peperiksaan. Selamat menempuh peperiksaan kepada seluruh warga AMAL2005 yang bakal dan sedang menghadapi ujian akhir semester. Semoga dengan iringan usaha, doa dan tawakkal kita kepada Allah S.W.T akan dikurniakan kejayaan. Doakan kejayaan bersama.

Ujian dan kehidupan merupakan dua elemen yang tak dapat dipisahkan. Setiap kehidupan perlu menempuhi ujian dan setiap ujian yang dihadapi pasti ada hikmahnya yang tersembunyi. Kembali kepada fitrah asal penciptaan manusia dan jin adalah semata untuk menjadi hamba kepada Rabbul 'alamiin.

Manusia juga diciptakan untuk memikul satu tugasan yang amat berat iaitu menjadi khalifah penegak agama Allah di muka bumi.

Oleh itu kita harus mempersiapkan diri kita untuk memikul tanggungjawab itu dengan ilmu.

Baca Sambungan!

Sabtu, 4 April 2009

Pengumuman...!!!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Makluman kepada semua warga AMAL2005 khususnya dan seluruh warga AMAL amnya, abang ipar (Abe Mady, Pensyarah UIA Gombak) kepada Siti Razan bt. Rahim (MMP SPM 2005) telah kembali ke rahmatullah pada hari Jumaat 3 April 2009 (selepas solat Jumaat) akibat kemalangan jalanraya. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham agar rohnya selamat dan termasuk dalam golongan mukminin dan solihin yang dijanjikan syurga Allah insyaallah.

Kepada Siti Razan dan keluarga, takziah atas pemergian Allahyarham. Semoga kekuatan dan ketabahan akan terus bersama kalian.

Dari Allah kita datang dan kepada-Nya kita pasti akan pulang.

Baca Sambungan!

Jumaat, 27 Mac 2009

Takziah...!!!

"Sesungguhnya setiap yang bernyawa itu pasti akan mati"

Salam takziah daripada k
ami, warga AMAL2005.co.cc kepada Hafizie Ramli (nasyid MML tanzim 2005, Darul Quran) serta keluarga atas pemergian ayahanda ke hadrat Allah S.W.T pada pukul 3.45 petang 21 Mac yang lalu.

Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah serta doakan semoga allahyarham dicucuri rahmat serta digolongkan dalam golongan hamba-hambaNya yang bertaqwa insyaallah.

Baca Sambungan!

Khamis, 26 Mac 2009

Neraka...!!!

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya,maka ditanya oleh nabi S.A.W:

"Mengapa aku melihat kau berubah muka?"

Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman daripadanya. "

Lalu nabi s. a. w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam."

Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung
di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Qur'an itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi, dan minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan."

Nabi s. a. w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu- pintu rumah kami?" Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda." (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s. a. w.: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?"

Jawab Jibrail: "Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a. s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.

Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim, pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.

Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha, pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir.

"Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s. a. w. sehingga ditanya: "Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?" Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat.

"Maka nabi s.a.w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s. a. w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedar nabi saw bersabda: "Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?"

Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu."

Kemudian nabi s. a. w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s. a. w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab "Peringatan Bagi Yg Lalai")

Dari Hadith Qudsi:

Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku. Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat Mudah-mudahan dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua. Wallahua'lam.

Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159

"Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterang an dan petunjuk hidayat, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.

Dari Abdullah bin 'Amr R. A, Rasulullah S. A. W bersabda: "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..

"Sesungguhnya Ilmu itu akan membakar kamu jika tidak disebarkan." .

Baca Sambungan!

Sabtu, 14 Mac 2009

Pelajar cemerlang Maahad Lelaki dapat 12A1

KOTA BHARU, 12 Mac (Hrkh) - Tidak mengabaikan pelajaran di mana sahaja berada menjadi resepi kejayaan buat Muhammad Afnan Mohd Fakrurazi, pelajar terbaik Maahad Muhammadi (Lelaki) dalam peperiksaan SPM 2008.

Beliau mendapat keputusan cemerlang iaitu 12A1 dan 1A2.

Manakala rakannya Muhammad Zulfadhli Mahadi pula mendapat 11A1 dan 2A2, Muhamad Syiham Rosli (11A1 dan 1A2) dan Aimatnuddin Husairi Hussain (11A1 dan 1A2).

Turut mendapat keputusan cemerlang Ahmad Zulfahmi Sha'ari (11A1 dan 1A2), Muhammad Firdaus Mazri (10A1 dan 2A2), Mohd Naim Kamaruddin (10A1, 1 A2 dan 1 B3), Mohd Hilmi Mohd Rosli (7A1, 5A2 dan 1B3).

Manakala Mohammad Haseef Izani mendapat 6A1, 5A2 dan 2B3 dan Wan Muhammad Adlan Wan Muhammad (7A1, 4 A2 dan 1 B3).

Pengetua Maahad Muhammadi (lelaki), Zainuddin Che Ismail berkata, pencapaian tahun lepas meningkat berbanding sebelumnya, dan berharap ia dapat ditingkatkan lagi tahun ini.



Sementara itu, pelajar terbaik Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) sekolah itu Ahmad Hamidi Hussain mendapat 10 Mumtaz.

Pelajar cemerlang lain ialah Ahmad Shakir Muhammad Faleh (9 Mumtaz dan 1 Jayyid Jiddan), Ahnaf Wafi Alias (9 Mumtaz dan 1 Jayyid Jiddan), Muhamad Za'imul Umam Shamsudin (9 Mumtaz dan 1 Jayyid Jiddan).

Umar Muhammad Malcom (9 Mumtaz dan 1 Jayyid Jiddan), Muhamad Najib Muhamad Azani (8 Mumtaz dan 2 Jayyid Jiddan) dan Mohd Faiq Ab Rahim (8 Mumtaz dan 2 Jayyid Jiddan).

Ahmad Hamidi ketika ditemui berkata, beliau sentiasa meletakkan dirinya dalam keadaan tidak relaks dan bertungkus lumus dari awal lagi.



"Selain itu, berbincang dengan kawan. Kita hendaklah yakin dengan teknik perbincangan selain yakin dengan ajaran guru," katanya.

Manakala Muhammad Afnan berpendapat teknik belajar hendaklah lebih bersistematik.

"Jangan terlalu rasa tertekan dengan pelajaran. Hendaklah sembahyang hajat setiap hari, dan sebelum pergi sekolah dan sebelum memasuki peperiksaan hendaklah sembahyang sunat Isyraq," katanya.

Muhammad Syiham berkata, belajar hendaklah fokus kepada subjek dan jangan bertangguh menyiapkan kerja sekolah.

Baca Sambungan!

Khamis, 12 Mac 2009

SPM: Pelajar Maahad Perempuan dapat 20A

KOTA BHARU, 12 Mac (Hrkh) - Pelajar Maahad Muhammadi Perempuan, Nik Normadiha Nik Mohamad Kamal, 18 mendapat 20A (19A1, 1A2) dipercayai pelajar terbaik SPM 2008 peringkat kebangsaan.

Anak nelayan dari Kampunug Sabak, Pengkalan Chepa menerima slip keputusan tersebut daripada anggota Exco kerajaan negeri, Ustaz Mohd Amar Abdullah di sekolah tersebut hari ini.

Image

Tahniah diucapkan kepad adik Nik Normadiha kerana berjaya memartabatkan nama sekolah agama di mata masyarakat seluruh negara. Kepada yang kurang berjaya, jangan berputus asa. Anggaplah ini sebagai titik permulaan kepada kebangkitan kita pada masa akan datang. Kami warga AMAL2005 khususnya dan seluruh warga AMAL merafa'kan setinggi kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana mengurniakan kejayaan kepada adik-adik di Maahad. Tahniah kepada semua.

Kepada sesiapa yang mengetahui maklumat keputusan penuh SPM 2008 Maahad Muhammadi, sila postkan di bahagian komen untuk dikongsi bersama.

Baca Sambungan!

Salam Maulidur Rasul

12 Rabiulawal, Tahun Gajah di Mekah Al-Mukarramah lahirnya Baginda Nabi Muhammad SAW sebagai pembuka rahmat di seluruh pelusuk alam semesta. Ada beberapa perkara irhas yang berlaku semasa kelahiran Baginda Nabi Muhammad SAW. Irhas adalah peristiwa luar biasa bagi manusia yang normal dan hanya diberikan kepada bakal nabi.

Pertama, semasa Rasulullah s.a.w. berada di dalam kandungan bondanya, Aminah tidak merasa susah sebagaimana dialami oleh ibu-ibu yang hamil. Kehamilannya disedari melalui perkhabaran malaikat yang datang kepadanya ketika Aminah sedang tidur. Malaikat mengatakan bahawa Aminah telah mengandungkan seorang Nabi dan Penghulu kepada seluruh umat manusia. Selain itu kehamilannya ditandai dengan haidnya terputus dan berpindahnya cahaya daripada wajah Abdullah ke wajahnya.

Kedua, ketika Nur Muhammad masuk ke dalam rahim Aminah, Allah memerintahkan malaikat supaya membukakan pintu syurga Firdaus dan memberitahu semua penghuni langit dan bumi bahawa pintu syurga Firdaus telah pun dibuka. Tanah-tanah di persekitaran kawasan tersebut yang kering menjadi subur, pohon-pohon kayu rimbun dan berbuah lebat. Begitu juga haiwan-haiwan di darat dan di laut sibuk membincangkannya.

Ketiga, peperangan tentera bergajah yang disebut di dalam Surah Al-Fil, datang menyerang kota Mekah. Ia diketuai oleh tentera bergajah dengan menunggang seekor gajah besar bernama Mahmudi. Apabila mereka hampir sampai ke tempat tersebut, gajah-gajah itu berhenti dan berundur dengan izin Allah. Sekumpulan burung Ababil datang menyerang dan menghancurkan mereka sebagaimana yang disebut di dalam Surah Al-Fil. Peristiwa ini amat menakjubkan dan diriwayatkan dalam kitab-kitab sejarah.

Keempat, Aminah turut mengalami mimpi yang menakjubkan. Beliau menadah tangan ke langit dan melihat sendiri malaikat turun dari langit. Ia diumpamakan kapas putih yang terapung di angkasa.Kemudian malaikat tersebut berdiri di hadapannya. Ia berkata "Khabar bahagia untuk saudara, wahai ibu daripada seorang nabi. Putera saudara itu menjadi penolong dan pembebas manusia. Namakan dia Ahmad.''

Kelima, semasa kelahiran Nabi Muhammad SAW, Aminah ditemani Asiah dan Maryam. Kelahiran Nabi Muhammad lebih tinggi darjatnya daripada Nabi Isa dan Musa. Keadaan ini diterangkan dalam kitab Taurat dan Injil bahawa akan datang seorang nabi pada akhir zaman. Semasa baginda dilahirkan, bondanya menyaksikan nur atau cahaya keluar dari tubuh badan baginda. Cahaya tersebut menyinari sehingga ke Istana Busra di Syria. Ia dilihat seolah-olah seperti anak panah bagaikan pelangi sehingga dari jauh kota-kota tersebut dapat dilihat. Ada juga yang berpendapat bahawa cahaya itu datang dan menerangi seluruh dunia. Ini dapat dijelaskan oleh sumber-sumber Arab yang paling awal yang menyatakan bahawa suatu cahaya terpancar dari rahim Aminah apabila baginda dilahirkan.

Keenam, Aminah sendiri melihat baginda dalam keadaan terbaring dengan kedua tangannya mengangkat ke langit seperti seorang yang sedang berdoa. Kemudian bondanya melihat awan turun menyelimuti dirinya sehingga beliau mendengar sebuah seruan "Pimpinlah dia mengelilingi bumi Timur dan Barat, supaya mereka tahu dan dialah yang akan menghapuskan segala perkara syirik''. Selepas itu awan tersebut lenyap daripada pandangan Aminah. Setengah riwayat menyatakan Nabi dilahirkan dalam keadaan memandang ke arah langit sambil meletakkan tangannya ke tanah sebagai tanda ketinggian martabatnya daripada semua makhluk.

Ketujuh, pada malam kelahiran Baginda, berhala-berhala yang terdapat di Kaabah mengalami kerosakan dan kemusnahan. Menurut riwayat daripada Abdul Mutalib, "Ketika aku sedang berada di Kaabah, tiba-tiba berhala jatuh dari tempatnya dan sujud kepada Allah. Lalu aku mendengar suara dari dinding Kaabah berkata, "telah lahir nabi pilihan yang akan membinasakan orang kafir dan mensucikanku daripada berhala-berhala ini dan akan memerintahkan penyembahan Yang Maha Mengetahui. ''

Kelapan, kelahiran baginda Nabi SAW telah mengoncang sembahan syirik yang lain. Ada satu goncangan berlaku di mahligai Kisra dan menyebabkan mahligai tersebut retak, manakala empat belas tiang serinya runtuh. Keadaan ini merupakan di antara tanda -tanda keruntuhan kerajaan tersebut. Api sembahan di negara Parsi yang tidak pernah padam hampir selama seribu tahun telah padam dengan sendirinya. Api tersebut merupakan api sembahan orang-orang Majusi yang dianggap sebagai Tuhan. Peristiwa itu amat mengejutkan orang Parsi. Dalam waktu yang sama, pada malam kelahiran Baginda, Tasik Sava yang dianggap suci tersebut tenggelam ke dalam tanah. Setelah baginda lahir, tembakan bintang di langit menjadi kerap sebagai tanda bahawa pengetahuan syaitan dan jin mengenai perkara ghaib sudah tamat.

Kelahiran Nabi Muhammad SAW pemberi rahmat kepada seluruh alam. Sebagai umat Nabi Muhammad SAW, kita antara orang yang terpilih dilahirkan untuk menjadi umat baginda Nabi SAW. Kita perlu bersyukur kerana dilahirkan sebagai umat Nabi Muhammad SAW. Namun untuk menjadi umat yang terbaik, banyak cabaran yang perlu dihadapi. Marilah kita bersama-sama berdoa agar kita semua dilindungi dan sentiasa diberi kekuatan untuk mempertahankan agama, bangsa dan negara kita di Malaysia ini. Amin.

Baca Sambungan!

Pengikut

Blog AMAL2005 dikendalikan oleh daivista Studios. Hakcipta terpelihara ©2009.