Jumaat, 27 Mac 2009

Takziah...!!!

"Sesungguhnya setiap yang bernyawa itu pasti akan mati"

Salam takziah daripada k
ami, warga AMAL2005.co.cc kepada Hafizie Ramli (nasyid MML tanzim 2005, Darul Quran) serta keluarga atas pemergian ayahanda ke hadrat Allah S.W.T pada pukul 3.45 petang 21 Mac yang lalu.

Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah serta doakan semoga allahyarham dicucuri rahmat serta digolongkan dalam golongan hamba-hambaNya yang bertaqwa insyaallah.

Baca Sambungan!

Khamis, 26 Mac 2009

Neraka...!!!

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya,maka ditanya oleh nabi S.A.W:

"Mengapa aku melihat kau berubah muka?"

Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman daripadanya. "

Lalu nabi s. a. w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam."

Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung
di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Qur'an itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi, dan minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan."

Nabi s. a. w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu- pintu rumah kami?" Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda." (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s. a. w.: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?"

Jawab Jibrail: "Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a. s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.

Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim, pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.

Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha, pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir.

"Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s. a. w. sehingga ditanya: "Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?" Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat.

"Maka nabi s.a.w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s. a. w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedar nabi saw bersabda: "Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?"

Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu."

Kemudian nabi s. a. w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s. a. w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab "Peringatan Bagi Yg Lalai")

Dari Hadith Qudsi:

Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku. Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat Mudah-mudahan dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua. Wallahua'lam.

Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159

"Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterang an dan petunjuk hidayat, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.

Dari Abdullah bin 'Amr R. A, Rasulullah S. A. W bersabda: "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..

"Sesungguhnya Ilmu itu akan membakar kamu jika tidak disebarkan." .

Baca Sambungan!

Sabtu, 14 Mac 2009

Pelajar cemerlang Maahad Lelaki dapat 12A1

KOTA BHARU, 12 Mac (Hrkh) - Tidak mengabaikan pelajaran di mana sahaja berada menjadi resepi kejayaan buat Muhammad Afnan Mohd Fakrurazi, pelajar terbaik Maahad Muhammadi (Lelaki) dalam peperiksaan SPM 2008.

Beliau mendapat keputusan cemerlang iaitu 12A1 dan 1A2.

Manakala rakannya Muhammad Zulfadhli Mahadi pula mendapat 11A1 dan 2A2, Muhamad Syiham Rosli (11A1 dan 1A2) dan Aimatnuddin Husairi Hussain (11A1 dan 1A2).

Turut mendapat keputusan cemerlang Ahmad Zulfahmi Sha'ari (11A1 dan 1A2), Muhammad Firdaus Mazri (10A1 dan 2A2), Mohd Naim Kamaruddin (10A1, 1 A2 dan 1 B3), Mohd Hilmi Mohd Rosli (7A1, 5A2 dan 1B3).

Manakala Mohammad Haseef Izani mendapat 6A1, 5A2 dan 2B3 dan Wan Muhammad Adlan Wan Muhammad (7A1, 4 A2 dan 1 B3).

Pengetua Maahad Muhammadi (lelaki), Zainuddin Che Ismail berkata, pencapaian tahun lepas meningkat berbanding sebelumnya, dan berharap ia dapat ditingkatkan lagi tahun ini.



Sementara itu, pelajar terbaik Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) sekolah itu Ahmad Hamidi Hussain mendapat 10 Mumtaz.

Pelajar cemerlang lain ialah Ahmad Shakir Muhammad Faleh (9 Mumtaz dan 1 Jayyid Jiddan), Ahnaf Wafi Alias (9 Mumtaz dan 1 Jayyid Jiddan), Muhamad Za'imul Umam Shamsudin (9 Mumtaz dan 1 Jayyid Jiddan).

Umar Muhammad Malcom (9 Mumtaz dan 1 Jayyid Jiddan), Muhamad Najib Muhamad Azani (8 Mumtaz dan 2 Jayyid Jiddan) dan Mohd Faiq Ab Rahim (8 Mumtaz dan 2 Jayyid Jiddan).

Ahmad Hamidi ketika ditemui berkata, beliau sentiasa meletakkan dirinya dalam keadaan tidak relaks dan bertungkus lumus dari awal lagi.



"Selain itu, berbincang dengan kawan. Kita hendaklah yakin dengan teknik perbincangan selain yakin dengan ajaran guru," katanya.

Manakala Muhammad Afnan berpendapat teknik belajar hendaklah lebih bersistematik.

"Jangan terlalu rasa tertekan dengan pelajaran. Hendaklah sembahyang hajat setiap hari, dan sebelum pergi sekolah dan sebelum memasuki peperiksaan hendaklah sembahyang sunat Isyraq," katanya.

Muhammad Syiham berkata, belajar hendaklah fokus kepada subjek dan jangan bertangguh menyiapkan kerja sekolah.

Baca Sambungan!

Khamis, 12 Mac 2009

SPM: Pelajar Maahad Perempuan dapat 20A

KOTA BHARU, 12 Mac (Hrkh) - Pelajar Maahad Muhammadi Perempuan, Nik Normadiha Nik Mohamad Kamal, 18 mendapat 20A (19A1, 1A2) dipercayai pelajar terbaik SPM 2008 peringkat kebangsaan.

Anak nelayan dari Kampunug Sabak, Pengkalan Chepa menerima slip keputusan tersebut daripada anggota Exco kerajaan negeri, Ustaz Mohd Amar Abdullah di sekolah tersebut hari ini.

Image

Tahniah diucapkan kepad adik Nik Normadiha kerana berjaya memartabatkan nama sekolah agama di mata masyarakat seluruh negara. Kepada yang kurang berjaya, jangan berputus asa. Anggaplah ini sebagai titik permulaan kepada kebangkitan kita pada masa akan datang. Kami warga AMAL2005 khususnya dan seluruh warga AMAL merafa'kan setinggi kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana mengurniakan kejayaan kepada adik-adik di Maahad. Tahniah kepada semua.

Kepada sesiapa yang mengetahui maklumat keputusan penuh SPM 2008 Maahad Muhammadi, sila postkan di bahagian komen untuk dikongsi bersama.

Baca Sambungan!

Salam Maulidur Rasul

12 Rabiulawal, Tahun Gajah di Mekah Al-Mukarramah lahirnya Baginda Nabi Muhammad SAW sebagai pembuka rahmat di seluruh pelusuk alam semesta. Ada beberapa perkara irhas yang berlaku semasa kelahiran Baginda Nabi Muhammad SAW. Irhas adalah peristiwa luar biasa bagi manusia yang normal dan hanya diberikan kepada bakal nabi.

Pertama, semasa Rasulullah s.a.w. berada di dalam kandungan bondanya, Aminah tidak merasa susah sebagaimana dialami oleh ibu-ibu yang hamil. Kehamilannya disedari melalui perkhabaran malaikat yang datang kepadanya ketika Aminah sedang tidur. Malaikat mengatakan bahawa Aminah telah mengandungkan seorang Nabi dan Penghulu kepada seluruh umat manusia. Selain itu kehamilannya ditandai dengan haidnya terputus dan berpindahnya cahaya daripada wajah Abdullah ke wajahnya.

Kedua, ketika Nur Muhammad masuk ke dalam rahim Aminah, Allah memerintahkan malaikat supaya membukakan pintu syurga Firdaus dan memberitahu semua penghuni langit dan bumi bahawa pintu syurga Firdaus telah pun dibuka. Tanah-tanah di persekitaran kawasan tersebut yang kering menjadi subur, pohon-pohon kayu rimbun dan berbuah lebat. Begitu juga haiwan-haiwan di darat dan di laut sibuk membincangkannya.

Ketiga, peperangan tentera bergajah yang disebut di dalam Surah Al-Fil, datang menyerang kota Mekah. Ia diketuai oleh tentera bergajah dengan menunggang seekor gajah besar bernama Mahmudi. Apabila mereka hampir sampai ke tempat tersebut, gajah-gajah itu berhenti dan berundur dengan izin Allah. Sekumpulan burung Ababil datang menyerang dan menghancurkan mereka sebagaimana yang disebut di dalam Surah Al-Fil. Peristiwa ini amat menakjubkan dan diriwayatkan dalam kitab-kitab sejarah.

Keempat, Aminah turut mengalami mimpi yang menakjubkan. Beliau menadah tangan ke langit dan melihat sendiri malaikat turun dari langit. Ia diumpamakan kapas putih yang terapung di angkasa.Kemudian malaikat tersebut berdiri di hadapannya. Ia berkata "Khabar bahagia untuk saudara, wahai ibu daripada seorang nabi. Putera saudara itu menjadi penolong dan pembebas manusia. Namakan dia Ahmad.''

Kelima, semasa kelahiran Nabi Muhammad SAW, Aminah ditemani Asiah dan Maryam. Kelahiran Nabi Muhammad lebih tinggi darjatnya daripada Nabi Isa dan Musa. Keadaan ini diterangkan dalam kitab Taurat dan Injil bahawa akan datang seorang nabi pada akhir zaman. Semasa baginda dilahirkan, bondanya menyaksikan nur atau cahaya keluar dari tubuh badan baginda. Cahaya tersebut menyinari sehingga ke Istana Busra di Syria. Ia dilihat seolah-olah seperti anak panah bagaikan pelangi sehingga dari jauh kota-kota tersebut dapat dilihat. Ada juga yang berpendapat bahawa cahaya itu datang dan menerangi seluruh dunia. Ini dapat dijelaskan oleh sumber-sumber Arab yang paling awal yang menyatakan bahawa suatu cahaya terpancar dari rahim Aminah apabila baginda dilahirkan.

Keenam, Aminah sendiri melihat baginda dalam keadaan terbaring dengan kedua tangannya mengangkat ke langit seperti seorang yang sedang berdoa. Kemudian bondanya melihat awan turun menyelimuti dirinya sehingga beliau mendengar sebuah seruan "Pimpinlah dia mengelilingi bumi Timur dan Barat, supaya mereka tahu dan dialah yang akan menghapuskan segala perkara syirik''. Selepas itu awan tersebut lenyap daripada pandangan Aminah. Setengah riwayat menyatakan Nabi dilahirkan dalam keadaan memandang ke arah langit sambil meletakkan tangannya ke tanah sebagai tanda ketinggian martabatnya daripada semua makhluk.

Ketujuh, pada malam kelahiran Baginda, berhala-berhala yang terdapat di Kaabah mengalami kerosakan dan kemusnahan. Menurut riwayat daripada Abdul Mutalib, "Ketika aku sedang berada di Kaabah, tiba-tiba berhala jatuh dari tempatnya dan sujud kepada Allah. Lalu aku mendengar suara dari dinding Kaabah berkata, "telah lahir nabi pilihan yang akan membinasakan orang kafir dan mensucikanku daripada berhala-berhala ini dan akan memerintahkan penyembahan Yang Maha Mengetahui. ''

Kelapan, kelahiran baginda Nabi SAW telah mengoncang sembahan syirik yang lain. Ada satu goncangan berlaku di mahligai Kisra dan menyebabkan mahligai tersebut retak, manakala empat belas tiang serinya runtuh. Keadaan ini merupakan di antara tanda -tanda keruntuhan kerajaan tersebut. Api sembahan di negara Parsi yang tidak pernah padam hampir selama seribu tahun telah padam dengan sendirinya. Api tersebut merupakan api sembahan orang-orang Majusi yang dianggap sebagai Tuhan. Peristiwa itu amat mengejutkan orang Parsi. Dalam waktu yang sama, pada malam kelahiran Baginda, Tasik Sava yang dianggap suci tersebut tenggelam ke dalam tanah. Setelah baginda lahir, tembakan bintang di langit menjadi kerap sebagai tanda bahawa pengetahuan syaitan dan jin mengenai perkara ghaib sudah tamat.

Kelahiran Nabi Muhammad SAW pemberi rahmat kepada seluruh alam. Sebagai umat Nabi Muhammad SAW, kita antara orang yang terpilih dilahirkan untuk menjadi umat baginda Nabi SAW. Kita perlu bersyukur kerana dilahirkan sebagai umat Nabi Muhammad SAW. Namun untuk menjadi umat yang terbaik, banyak cabaran yang perlu dihadapi. Marilah kita bersama-sama berdoa agar kita semua dilindungi dan sentiasa diberi kekuatan untuk mempertahankan agama, bangsa dan negara kita di Malaysia ini. Amin.

Baca Sambungan!

Rabu, 11 Mac 2009

Sifat Orang Kafir Dan Munafiq Dalam Al-Quran

terjemahan quran :

'sesungguhnya org kafir sama shj samada kamu beri amaran atau tidak, mrk tetap tidak beriman. allah tlh menutup hati, pendgran dan penglihatan mrk.

mrk dibls dgn azab yg amat berat. antara manusia ada yg berkata 'kami beriman kpd allah & hari akhirat'. sebenarnya mrk tdk beriman. mrk hendak menipu allah & org beriman, pdhal mrk menipu diri sndr & mrk tdk sedar. hati mrk memang berpenyakit lalu ditambah lagi penyakit oleh allah. mrk akan dibls dgn azab yg amat pedih krn berdusta.

apabila dikatakan kpd mrk 'jgnlah kamu membuat kerosakan dibumi' mrk menjwb 'sesungguhnya kami membuat kebaikan'. ingatlah sesungguhnya mrk adlh kumpulan perosak tetapi mrk tdk sedar. apabila dikatakan kpd mrk 'berimanlah seperti org lain' mrk menjwb 'adakah kami dikehendaki beriman seperti org bodoh' ingatlah sesungguhnya mrk sendirilah org bodoh, tetapi mrk tidaklah mengetahui.

apbila bertemu org2 beriman, mrk pun berkata 'kami tlh beriman' tetapi apbila kembali kpd syaitan2 mrk (ketua2 munafiq), mrk berkata 'kami tetap bersama2 kamu, cuma kami berolok2 shj'. allah akan memperolok2kan (membls) dan membiarkan mrk terumbang ambing dlm kesesatan.

mrk itulah yg membeli (menukar) kesesatan dgn hidayah. sebenarnya perniagaan mrk tdk mendpt keuntungan & mrk tdk mendpt hidayah. mrk diumpamakan org yg menyalakan api, apabila menerangi sekeliling mrk, allah hilangkan cahayanya dan membiarkan mrk dlm kegelapan sehingga tdk dpt melihat. mrk tuli, bisu & buta, mrk tidak akan kembali (kpd kebenaran).

atau seperti keadaan org yg ditimpa hujan lebat dari langit disertai kegelapan, guruh & kilat. mrk menyumbat telinga dgn jari krn takut mati dipanah petir. allah sentiasa mengawasi tindak tanduk org kafir. kilat hampir menyambar penglihatan mrk. setiap kali cahaya (iman) menyinari, mrk pun bergerak.

apabila gelap menyelubungi, mrk pun berhenti. jika allah hendak membinasakan mrk, nescaya allah menghilangkan pendgran dan penglihatan mrk. sesungguhnya allah maha berkuasa atas segala sesuatu.

surah al-baqoroh ayat 6-20.

Tafsir ayat:

ayat 6-8 menjelaskan sikap org kafir. Mrk menolak semua seruan dan amaran allah yg disampaikan oleh rasulullah s.a.w. malah menentang & menyakiti baginda & org islam. balasan terhadap perbuatan mrk ialah allah menutup hati, pendengaran & pandangan mrk drpd mendpt hidayah allah taala. di akhirat mrk akan menerima azab yg amat pedih.

Dlm ayat 9-20, allah menjelaskan bahawa org munafiq ialah golongan manusia yg pd lahirnya menganut agama islam tetapi pd hakikinya menentang. mrk musuh dlm selimut kpd umat islam. org munafiq lebih berbahaya drpd org kafir. mrk suka mengolok-olok org islam dgn mengatakan mrk tlh beriman, tetapi menjadi kufur apabila bersama-sama golongan mrk.

Sikap org munafiq yg kadang2 beriman dn kadang munafiq diumpamakan allah seperti org menyalakan api. waktu api menyala mrk mendpt cahaya, apabila padam mrk kegelapan. sikap degil org munafiq yg tidak mahu menerima kebenaran, allah umpamakan seperti org menutup telinga apabila mendgr petir dab berjalan waktu mendpt cahaya kilat dan berhenti bila cahaya kilat hilang. allah mencela perbuatan mrk krn menolak hidayah drpd allah.

antara sifat2 munafiq yg dijelaskan dlm ayat2 ini ialah:

1-menipu allah, rasul & org islam.

2-suka melakukan kerosakan seperti memecahbelahkan perpaduan masyarakat.

3-suka memperbodoh & merendahkan org lain.

4-menukar kebenaran dgn kesesatan.

5-berckp bohong.

6-hasad, angkuh, degil & sbgnya.

rasulullah s.a.w jg bersabda yg bermaksud:

4 sifat munafiq jika ada pada seseorang, sesiapa yg mempunyai satu drpdnya maka dia bersifat munafiq sehinggalah ditinggalkannya iaitu : jika diberi amanah dia khianat, jika berckp dia bohong, jika berjanji dia mungkir dan jika bergaduh dia melampaui batas.

antara pengajaran & penghayatan ayat tersebut ialah:

1-kufur adalah sifat keji & dibenci oleh allah. oleh itu hendaklah kita menjauhinya supaya menjadi org beriman.

2-berdakwah kpd org kafir menjadi tanggungjwb semua org islam, tunaikanlah tanggungjwb itu sekadar kemampuan kita.

3-umat islam hendaklah berusaha menjauhi sifat munafiq.

4-sentiasalah menjaga & memupuk persaudaraan islam & perpaduan umat. jauhilah diri anda drpd terlibat dlm kegiatan perpecahan & permusuhan.

Baca Sambungan!

Khamis, 26 Februari 2009

Teori Evolusi Cinta




“Korang ni asyik bergayut telefon sampai jauh-jauh malam, tak fikir ke yang benda ni salah?” tanya Siti kepada rakan sebiliknya.

“Kami bincang bab persatuanlah. Jangan buruk sangka. Ini benda basic dalam agama. Takkan itu pun nko tak tahu?” balas Nur. Keras bunyinya. Terganggu dengan teguran Siti itu barangkali.

“Alaaa, kita orang study je. Bukan ada buat apa pun.Come on la wei!” Zul berasap telinga. Bengang ditegur Farhan.

“Kalau tak boleh macam ni, habis yang orang kat Mekah tu bercampur aduk keliling Kaabah, nko ingat masa tu orang tak ada nafsu ke? Kenapa di situ boleh, tapi kat sini banyak pula songel kau?” bentak Bob yang amat berbulu mendengar tazkirah Halim.

Manusia bijak membuat justifikasi. Pemikiran kreatif seorang manusia, bijak sekali mencari ruang-ruang di celah hukum untuk mengharuskan perlakuan mereka.

‘KEBIJAKAN’ BANI ISRAEL DAN TANGKAPAN IKAN SABTU




Seperti gelagat Bani Israel yang diharamkan bekerja menangkap ikan pada hari Sabtu. Tujuannya ialah supaya hari itu didedikasikan sepenuhnya kepada ibadah khusus mereka kepada Allah. Namun kaum yang bijak ini, pantas bermain helah. Kreativiti minda mereka digunakan untuk memasang perangkap dan jaring supaya ikan-ikan itu tersangkut dengan sendiri tanpa mereka sendiri melakukannya dengan tangan. Justeru bolehlah dihujahkan dengan bijak kepada Allah bahawa mereka tidak menangkap ikan, sebaliknya ikan itu yang tertangkap sendiri, dan halal benarlah perbuatan itu bagi mereka.

“Salah ikan, bukan salah kami!” barangkali begitulah helah mereka.

Firman Allah Subhanahu wa Ta’aala:




“Dan tanyakanlah kepada mereka (wahai Muhammad) mengenai (penduduk) bandar yang letaknya di tepi laut, semasa mereka melanggar larangan pada hari Sabtu, ketika datang kepada mereka pada hari Sabtu itu ikan-ikan (yang menjadi cubaan kepada) mereka, yang kelihatan timbul di muka air; sedang pada hari-hari lain, ikan-ikan itu tidak pula datang kepada mereka. Demikianlah Kami menguji mereka (dengan cubaan itu) kerana mereka sentiasa berlaku fasik lagi durhaka” [al-A'araaf 7: 163]

Mereka membelok hujah ke sana sini untuk menyedapkan hati sendiri. Apabila akal fikiran yang dikurniakan Allah digunakan untuk menipu Allah, turunlah darjat manusia kepada kerendahan yang hina. Akal dikurniakan Allah kepada manusia agar dengan akal itu manusia tunduk mentaati-Nya, bukan berputar belit mencipta alasan menipu Dia. Akal yang digunakan untuk menipu Tuhan, adalah sebuah kehinaan terhadap kejadian manusia.

“Asfala saafileen,” kata al-Quran. Justeru mereka beralih kejadian, dihukum Allah menjadi makhluk yang lebih sepadan dengan kerendahan itu:




“Dan sesungguhnya kamu telah mengetahui (bagaimana buruknya akibat) orang-orang di antara kamu yang melanggar (larangan) pada hari Sabtu, lalu Kami berfirman kepada mereka: “Jadilah kamu kera yang hina!” [al-Baqarah 2:65]

Inilah TEORI EVOLUSI CINTA. Bermula dengan sebaik-baik kejadian, mereka bermain cinta murahan beralaskan akal dan hujah-hujahnya. Dengan cinta sehina itu, manusia beransur-ansur turun sifat kemanusiaannya. Hilang malu yang menjadi benteng iman. Akhirnya menjadi kera. Kera itulah barangkali yang terkinjal-kinjal dilamun cinta monyet terkena sumpahan Allah ke atas kaum yang mensesiakan akal kurniaan Tuhan untuk menipu Tuhan.

BATAS PERGAULAN

Lupakah kita kepada sebab musabab mengapa Allah Subhanahu wa Ta’aala mengajar agar dalam pergaulan ini biar ada batasan? Ayuh kita pulang sejenak kepada firman-Nya:




“Dan apabila kamu meminta sesuatu yang harus diminta dari mereka maka mintalah kepada mereka dari sebalik hijab. Cara yang demikian lebih suci bagi hati kamu dan hati mereka” [al-Ahzaab 33: 53]

Kalimah mataa’an itu mencakupi urusan-urusan persatuan, pembelajaran, mesyuarat, hal ehwal pejabat dan segala muamalat seharian kita. Allah Subhanahu wa Ta’aala memerintahkan kepada lelaki dan perempuan, tatkala berurusan dengan hal ehwal seperti ini, laksanakanlah ia dengan perantaraan HIJAB.
Hijab itu tafsirannya luas. Sama ada hijab itu merujuk kepada pengertian asalnya yang bererti tabir penutup, atau kepada konsep yang lebih luas mengenainya, hijab itu membawa pengertian batas-batas yang menghadkan pergaulan kita. Hijab yang membataskan tingkah laku, hijab yang membataskan pandangan dan pengamatan, hijab yang membataskan pendengaran, bahawa di antara lelaki dan perempuan itu, kehendak-kehendak Allah menjadi pagar antara keduanya.




Apakah tujuannya semua itu?

Inilah yang gagal difahami oleh kaum yang bijak pandai ini. Mereka berdolak dalih tentang alasan-alasan sosial serta maslahah awam, serta tidak segan silu mencari pula hujah-hujah yang berkonotasi agama untuk menolak keperluan batas-batas ini.

“Nko tak baca ke apa yang dia hantar dalam sms ini? Dia hantar hadith, ko tahu tak? Bukannya lirik lagu Anuar Zain!” tegas seorang ‘ukhti’.

Beliau sedang ‘mencanak naik iman’ selepas menerima sms pada jam 5 pagi tentang fadhilat Qiyamullail dari jejaka seperjuangannya. Namun akhirnya segala itu hanyalah sebuah kedunguan. Berlakon bijak bermain-main dengan Tuhan.

Sedangkan Allah Subhanahu wa Ta’aala memerintahkan kita menjaga batas ini, adalah untuk mengawal sesuatu yang manusia lemah terhadapnya. Iaitulah soal HATI!




“Cara yang demikian lebih suci bagi hati kamu dan hati mereka”

Ya, siapakah yang lebih kenal akan soal hati selain Dia?

Dia yang menggelarkan hati kita sebagai QALB, iaitu sesuatu yang berbolak balik terlentang terlangkup dengan begitu mudah di sepanjang perjalanan hidup ini. Sesungguhnya dengan segala unsur bijak yang ada di minda, kita terlupa bahawa Allah mahu menyelamatkan kesucian HATI, yang tidak mampu ditanggung logik.

Akal kita dengan ilmu di puncak menara gading mana sekali pun, tidaklah kuat untuk mengawal hati. Akal itu menteri, rajanya adalah hati. Sering sahaja raja yang berkuasa itu berpaling tadah dari akal kepada NAFSU.

Mulut kalian tidak menyebut. Tetapi Allah mendengar debar rasa di sebalik pergaulan itu. Tubuh kamu tidak menampakkan calar. Tetapi Allah melihat kesan-kesan luka panahan Iblis yang menembus daging dan tulang temulang jati dirimu.

Jika soal halal dan haram itu terlalu banyak liku-likunya, pertimbangkanlah soal kesucian hatimu. Wahai anak-anak muda yang kemaruk cinta, sama ada cinta itu versi YOU and I atau versi ANA wa ANTI, bertaqwalah kalian kepada Allah. Jangan nanti disumpah Allah cinta itu menjadi cinta kera, kaum yang dihina Allah kerana terlalu bijak cuba melicik Dia.

Kamu BIJAK SINI, tetapi Allah itu BIJAK SANA. Maha Bijaksana!




Allah memerintahkan kamu bercinta secara MANUSIA berpaksikan TAQWA, namun sengaja segelintir kamu mengundang sumpahan cinta KERA berbungakan DOSA.

Tersungkurlah kamu penuh kehinaan di lembahteori evolusi cinta.

ABU SAIF @ www.saifulislam. com


Baca Sambungan!

Pengikut

Blog AMAL2005 dikendalikan oleh daivista Studios. Hakcipta terpelihara ©2009.