Isnin, 25 Mei 2009

HARI TERBUKA AMAL 2009


Salam ukhuwwah kepada seluruh sahabat-sahabat. Jom sama-sama kita meriahkan Hari Terbuka AMAL 2009.

TARIKH: 5 & 6 Jun 2009

TEMPAT: SMU (A) Maahad Muhammadi Lelaki

TENTATIF:

5 Jun 2009 (Malam Sabtu)
- Perasmian Hari Terbuka AMAL 2009
- Konsert AMAL UNIC (Masuk Percuma)

6 Jun 2009 (bermula 8.00 pagi)
- Hari Keluarga AMAL bersama UNIC (terbuka kepada semua batch)
- Pertandingan Futsal dan acara sukaneka (hadiah menarik menanti anda).

Untuk pendaftaran (selewat-lewatnya 1 Jun 2009) atau sebarang pertanyaan sila hubungi:

Bro Faisal - 0139932169
Sis Arijan - 0133112457
Emel: amal.maahad05@gmail.com

Sebarkan kepada sahabat-sahabat lain

Sebarang pertanyaan atau perbincangan boleh juga diajukan di thread forum AMAL2005

http://amal2005.co.cc/forum/viewtopic.php?f=24&t=31&p=104#p104




Baca Sambungan!

Jumaat, 1 Mei 2009

Kadet polis Maahad Lelaki johan kawad kaki MASSAK

KOTA BHARU, 30 April (Hrkh) - Pelajar sekolah agama di Kelantan bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik, malah mampu menguasai kegiatan di luar bilik darjah.

Mereka bergiat aktif terutamanya dalam pasukan berpakaian seragam.

Dan baru-baru ini diadakan pertandingan kawad kaki akhir Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Agama Kelantan (MASSAK) 2009 di Dataran Stadium.

Pada pertandingan tersebut Pasukan Kadet Polis Maahad Muhammadi (Lelaki) muncul sebagai johan, tempat kedua pasukan Kadet Polis Maahad Rahmaniah Kuala Krai dan ketiga dimenangi pasukan Kadet Bomba Sekolah Menengah Ugama (Arab) Khairiah, Banggol Setol, Pasir Mas.


Tempat keempat pasukan kadet Sekolah Menengah Ugama (Arab) Meheliah, Geting, Tumpat, kelima pasukan Bulan Sabit Merah Maahad Muhammadi (Lelaki), keenam pasukan Kadet Remaja Sekolah Maahad Saniah, Pasir Puteh.



Ketujuh pasukan Maahad Tahfiz Sains, Tanah Merah dan kelapan pasukan Sekolah Menengah Ugama (Arab) Hamidiah, Kadok.
Manakala ketua platun Pasukan Kadet Polis Maahad Muhammadi (Lelaki) diisytiharkan sebagai Ketua Platun Terbaik MASSAK 2009.

Penyampaian hadiah pertandingan itu disempurnakan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO Negeri Ustaz Abdul Latiff Abdul Rahman.

Ketika berucap pada majlis tersebut katanya, pelajar sekolah agama Yayasan Islam Kelantan (Yik) mampu menjadi benteng kepada kekuatan umat Islam.

"Adalah menjadi harapan agar mereka menjadi benteng bagi mempertahankan akidah umat Islam khususnya di Kelantan,� katanya yang juga Adun Mengkebang. - mj � _

Baca Sambungan!

Pengikut

Blog AMAL2005 dikendalikan oleh daivista Studios. Hakcipta terpelihara ©2009.